Adun Perak Dakwa Kerajaan PH Tamatkan Bantuan Bulanan JKM Warga Emas

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan telah pun menamatkan bantuan bulanan Jabatakan Kebajikan Masyarakat seorang warga emas.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Khusairi Talib menerusi status di laman Facebooknya berkata, dia sedih apabila mengetahui penamatan bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan tidak diberitahu kepada warga emas tersebut yang berusia 70 tahun, dari Kampung Rahmat Changkat Sulaiman.

Khusairi berkata, warga emas yang uzur itu akan mengayuh basikalnya setiap hari ke cawangan Bank Simpanan Nasional sebanyak dua kali untuk memeriksa jika bantuan kewangan tersebut sudah dimasukkan ke dalam akaunnya atau belum.

“….warga emas berusia 70an yang sedang uzur dari Kampung Rahmat Changkat Sulaiman pergi ke BSN Sungkai sehari dua kali mengayuh basikal sejak seminggu lalu untuk check samada bantuan bulanan RM300 dari JKM dah masuk ke tidak.

“Itu saja sumber utk dia beli stok barang dapur bagi sebulan,” tulis Khusairi.

Tulis Khusairi lagi, pastinya warga emas tersebut akan berasa sedih sekiranya mengetahui bantuan JKM yang diterimanya setiap bulan sudah ditamatkan tanpa alasan munasabah yang diberikan oleh pihak kerjaan PH.

Khusairi menganggap tindakan kerajaan PH menamatkan bantuan JKM kepada pihak yang kurang bernasib baik adalah tindakan yang kejam memandangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melihat perbezaan politik permohonan pemohon.

Sebaliknya, permohonan akan diluluskan berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti mengalami kesempitan hidup sebagai layak untuk menerima bantuan.

Untuk rekod, tidak ada perubahan jumlah penamatan kes bantuan yang ketara yang direkodkan dan disemak oleh JKM dari bulan Januari hingga Mac 2018 seperti yang dibentangkan dalam parlimen ketika 8 Ogos 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.