Ranking FIFA Skuad Harimau Malaya Jatuh Ke-170

KUALA LUMPUR – Nasib malang terus menimpa skuad Harimau Malaya apabila turun empat anak tangga kepada kedudukan ke-170 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang diumumkan semalam.

Menurut laman web rasmi Fifa www.fifa.com, penurunan ranking skuad bimbingan Nelo Vingada itu adalah disebabkan peningkatan empat anak tangga pasukan jiran, Indonesia yang kini berkongsi mata bersama Guyana di kedudukan ke-165 dunia.

Kedudukan tersebut merupakan ranking terburuk skuad negara sepanjang tahun ini.

Sementara itu, Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-34 dunia meskipun turun sembilan tangga, diikuti Australia (43), Jepun (44) dan China (57).

Turkmenistan menjadi pasukan yang menunjukkan peningkatan paling ketara bulan ini apabila naik 22 tangga ke posisi 114 dunia, manakala Ecuador merosot teruk dengan turun 25 anak tangga kepada kedudukan ke-60.

Ranking bulanan ini melibatkan 206 negara. ― Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.