Parah Diserang Pisau Dapur

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki cedera parah selepas diserang oleh seorang penyamun menggunakan sebilah pisau dapur di hadapan sebuah pasar raya di Alma, Bukit Mertajam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa yang berusia 40 tahun itu dipercayai cuba disamun oleh suspek yang turut mengejarnya sehingga ke sebuah medan selera berdekatan, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, seorang saksi mendakwa melihat suspek mengejar dan mencederakan mangsa.

“Ketika di dalam medan selera itu, mangsa telah meminta tolong dan dengan bantuan orang awam, suspek berjaya ditahan.

“Buat masa ini, polis belum merakam percakapan mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut memandangkan lelaki itu masih dirawat di Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.