Lelaki Maut Perut Tersusuk ‘divider’ Jalan

LELAKI terbunuh apabila perutnya tertusuk besi pembahagi jalan di Jalan Bakar Batu-Jalan Pantai, dekat Permas Jaya, Johor Bahru, awal hari ini.

Too Kim Seng, 56, disahkan maut tempat kejadian pada 6.50 pagi.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata pemandu Toyota Avanza itu dipercayai hilang kawalan, terbabas lalu terlanggar besi pembahagi jalan.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau diketuai Jasni Saidin ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 7.07 pagi.

Operasi ditamatkan pada 7.40 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.