Kubu Kuat Terakhir Daesh Di Iraq Tumbang

RAQQA – Militan disokong Amerika Syarikat (AS) berjaya membebaskan Raqqa di Syria daripada kumpulan pengganas Daesh, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), hari ini.

Kekalahan Daesh di bandar Raqqa disifatkan sebagai simbol kehilangan kekayaan kumpulan pengganas itu. Difahamkan, Daesh sebelum ini merancang serangan di seluruh dunia dari Raqqa, lapor BH.

Angkatan Demokratik Syria (SDF) adalah pakatan militan Kurdis dan Arab yang disokong pakatan antarabangsa diterajui AS. SDF memerangi Daesh di Raqqa, sejak Jun lalu.

Saksi Reuters memaklumkan pertempuran hampir berakhir dengan hanya bunyi tembakan kedengaran. Pejuang militan juga dilihat meraikan kemenangan di jalan raya sambil melaung-laungkan slogan dan mengibarkan bendera di dalam stadium di Raqqa.

Jurucakap SDF berkata, pakatan itu berjaya menawan kawasan terakhir Daesh di bandar itu hanya dalam tempoh beberapa jam.

“Masih ada letupan dan jerangkap samar di kawasan yang pernah dikuasai Daesh, justeru SDF akan meneruskan usaha membersihkan beberapa kawasan ini,” kata jurucakap pakatan, Kolonel Ryan Dillon. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.