Jenazah Syzlin Dibawa Pulang, Dikebumikan Di Johor

Jenazah Syzlin Hataman, 43, mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang meninggal dunia di Lima, Peru dijangka akan tiba di Johor Bahru pada jam 8.00 malam ini untuk di sembahyang dan dikebumikan.

Solat jenazah itu bakal disembahyangkan di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh, Johor Bahru.

Terdahulu, Biro Kebajikan Umno Malaysia (Bikum) akan membantu menguruskan dan memudahkan urusan pengkebumian jenazah Allahyarham Syzlin Hataman, mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang meninggal dunia di Peru.

Syzlin yang berasal dari Johor meninggal dunia pada jam 6.50 petang waktu Peru atau 7.50 pagi waktu Malaysia akibat komplikasi beberapa penyakit seperti asma dan kencing manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.