Hampir 26.6% Belia Malaysia Berniat Bunuh Diri Akibat Tak Tahan Dengan Pekerjaan Mereka

Satu kaji selidik mengejutkan baru-baru ini mendedahkan, hampir 26.6% belia Malaysia berniat membunuh diri kerana tidak tahan dengan pekerjaan mereka.

Ini bermakna 1 dari 4 belia Malaysia yang bekerja mengatakan bahawa mereka rasa ingin mati kerana kerja.

Lebih daripada 15,000 belia berusia antara 18 dan 35 tahun mengambil bahagian dalam kaji selidik dalam talian, yang dijalankan oleh laman cari kerja SkootJobs.com.

Hasil kaji selidik itu menunjukkan tahap yang membimbangkan apabila kebanyakan reponden sangat bencikan pekerjaan mereka.

33.3% BELIA MALAYSIA SANGAT BENCIKAN PEKERJAAN MEREKA

 

 

 

 

 

 

 

 

Sementara 25.3% responden mengatakan mereka merasakan “OK” tentang pekerjaan mereka, 33.3% daripada mereka mengatakan, mereka benci pekerjaan mereka.

Lebih mengejutkan, kajian mendapati hanya 8.7% yang “cintakan” pekerjaan mereka dan 6.1% lagi “sukakan” pekerjaan mereka.

BELIA MALAYSIA TERSENARAI ANTARA “KEBOSANAN TERTINGGI” DI DUNIA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bukan hanya belia Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tempat kerja masing-masing, malah mereka juga bosan dengan kerja mereka.

Tahun lalu, kajian antarabangsa MTV Asia mendedahkan di antara 26 negara, belia Malaysia tersenarai antara pekerja yang mengalami tahap “kebosanan tertinggi” di dunia.

Belia di Malaysia merekodkan kebosanan tertinggi pada 83%, diikuti oleh United Kingdom (79%), Brazil (79%), Singapura (78%) dan Sweden (77%).

Sumber: Says.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.