Ed Sheeran Jatuh Basikal, Mungkin Batal Jelajah Asia

LONDON: Penyanyi dan penggubah lagu kelahiran Britain, Ed Sheeran, hari ini berkata beberapa persembahannya akan dibatalkan selepas dia kemalangan ketika berbasikal.

Menyiarkan imej tangannya dibalut dan memakai selempang, penyanyi itu memaklumkan 15.7 juta pengikutnya di Instagram: “Saya mengalami kemalangan kecil dan kini menunggu nasihat perubatan yang mungkin menjejaskan beberapa persembahan akan datang”.

Akhbar Daily Mail berkata, kemalangan berlaku di London semalam.

Sheeran dijadual membuat persembahan di Taipei, Ahad ini pada permulaan konsert jelajah Asia besar-besaran di Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand dan India.

Beliau juga dijadual membuat persembahan di Emiriah Arab Bersatu.

Sheeran antara artis paling laris di dunia dan album terbarunya, ‘Divide’ memecahkan rekod Spotify, menarik 57 juta pendengar pada hari pertama disiarkan, hampir dua kali ganda berbanding jumlah tertinggi sebelum ini.

Selepas beberapa tahun membuat persembahan di jalanan dan bar, Sheeran mencatat kejayaan antarabangsa dengan lagu balada, ‘Thinking Out Loud’ pada 2014. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.