Budak Perempuan Terperangkap Dalam Antara Tembok Ketika Bermain

Beijing – Seorang budak perempuan mengalami detik cemas apabila kepala dan sebahagian badannya terperangkap antara dua tembok ketika bermain pada waktu rehat di sekolahnya.

Kejadian berlaku di daerah Lingbi, Suzhou, timur China itu, dan ibu kanak-kanak berusia enam tahun terbabit terpaksa memeluk serta menyokong berat badan mangsa untuk menampung beratnya seterusnya mengurangkan kesakitannya.

Kakitangan sekolah memanggil bomba selepas melihat kanak-kanak itu tidak dapat digerakkan langsung tanpa menjerit kesakitan

Bomba yang dikerahkan ke tempat kejadian pada mulanya cuba menggerudi satu tembok untuk melepaskan budak itu.

Bagaimanapun, mereka kemudian mendapati tindakan itu lebih berbahaya kerana mampu menyebabkan kedua-dua tembok berkenaan runtuh.

Bomba kemudian menggunakan kertas pasir untuk perlahan-lahan mengikis tembok berkenaan sebelum melumurkan kepala kanak-kanak itu dengan minyak sehingga cukup licin untuk ditarik keluar secara selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.