582,000 Pelarian Rohingya Di Bangladesh

GENEVA- Kira-kira 582,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak akhir Ogos lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut AFP, PBB berkata, angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan mendadak pelarian kira-kira 45,000 orang daripada 537,000 pada hujung minggu lalu, lapor BH.

Jurucakap agensi kanak-kanak PBB, Marixie Mercado, memaklumkan peningkatan angka itu bukan disebabkan pertambahan pelarian baharu, sebaliknya kerana akses yang lebih baik untuk ke kawasan yang sukar dicapai bagi membuat bancian.

PBB turut menyebut, terdapat ribuan pelarian masih terperangkap di sempadan.

Etnik Rohingya melarikan diri daripada kekejaman kerajaan dan penduduk di negeri Rakhine, Myanmar.

PBB menuduh kerajaan negara itu menjalankan pembersihan etnik terhadap minoriti penduduk Muslim terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.