Tujuh Resolusi Ambil Alih Kelantan

KOTA BHARU  – Konvensyen UMNO Ke­lan­tan yang berakhir sema­lam menghasilkan tu­juh resolusi untuk dilaksanakan parti itu bagi menamatkan pengu­asaan 26 tahun Pas di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, resolusi yang dicapai dalam konvensyen sehari itu ialah mengukuhkan solidariti dalam kalangan par­ti, setia bersama perjua­ngan, prihatin kepada rakyat dan men­dekati pengundi muda.

 

 

“Kita akan terus mengukuhkan solida­riti iaitu setiap antara kita memiliki kekuatan sendiri dan saling melengkapi. Kita juga akan akur kepada keputusan pimpinan dan setia bersama perjuangan parti bukan kerana pangkat atau harta.

 

“Pada masa sama kita akan sentiasa mendekati setiap golo­ngan ulama, pengundi tua, muda, wanita, bukan Melayu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pegawai-pegawai kerajaan,” kata­nya, petik Utusan.

 

Selain itu katanya, antara per­kara yang akan dilaksanakan ada­lah rejuvenasi atau pengislahan UMNO, memperkukuhkan jentera khususnya di peringkat peti daerah mengundi (PDM) dan membawa agenda pembangunan lestari dengan tidak menggadaikan nilai-nilai Islam.

 

 

Sementara itu Mustapa berkata, UMNO Kelantan akan terus komited dalam memperjuangkan kepen­tingan rak­yat di negeri ini.

 

 

Sementara itu beliau berkata, UMNO boleh bekerjasama de­ngan Pas dalam perkara-perkara berkaitan ke­pentingan rakyat.

 

Bagaimanapun tegas­nya, parti itu yang sentiasa mem­be­la nasib rakyat akan menentang Pas yang jelas melakukan pelbagai pencabulan terhadap kepen­tingan penduduk di negeri ini.

 

“Antaranya adalah berkaitan janji-janji pembangunan oleh Pas yang tidak dilaksanakan. Pas juga gagal dalam isu bekalan air bersih selain melaksanakan pelbagai projek kondominium mewah di Kota Bharu yang jelas tidak meng­untungkan rakyat,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.