Tindakan Mohd Rafiq Keluar Parti Tidak Jejaskan UMNO Kata KJ

KUALA LUMPUR – Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin menegaskan UMNO tidak terjejas dengan tindakan bekas Exco Pemuda UMNO, Mohd Rafiq Naizamohideen meninggalkan parti itu baru-baru ini.

 

 

Beliau berkata, beliau dapat melihat masih ramai lagi anggota akar umbi parti yang masih setia bersama UMNO.

 

 

Katanya, sebelum ini keahlian Rafiq telah digantung selama enam tahun kerana didapati terlibat menjatuhkan pimpinan parti.

 

 

“Beliau (Rafiq) terlibat di dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden parti, bermakna sudah di luar kawalan kita. Setelah laporan dirujuk kepada lembaga disiplin parti yang bebas, mereka tampil dengan keputusannya dan kita perlu terima secara terbuka.

 

 

“Keluar parti adalah keputusan beliau dan sudah pasti ia tidak memberi apa-apa kesan kepada UMNO.

 

 

“Kami sendiri tidak pasti kenapa Rafiq bertindak demikian, mungkin dia kecewa dengan tindakan yang diambil parti terhadapnya,” katanya, petik MG.

 

 

Menurut Khairy, UMNO adalah parti yang mengamalkan demokrasi dan tindakan ahlinya yang keluar masuk parti adalah proses biasa.

 

 

“Kami sedikitpun tak terjejas dengan keputusannya keluar parti, kami akan meneruskan agenda perjuangan parti tanpa sebarang masalah selepas ini,” ujarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.