Shaheizy Sam Sahkan Isteri Hamil

KUALA LUMPUR – Pelakon Shaheizy Sam bakal bergelar bapa apabila baharu sahaja mengesahkan isterinya Syatilla Melvin hamil.

 

 

Sam, 34, memberitahu berita gembira itu diketahuinya selepas membuat pemeriksaan kehamilan di hospital dua minggu lalu.

 

 

“Ya, memang benar isteri saya sedang hamil. Ini merupakan berita gembira dan saya tidak mahu menyembunyikan daripada orang sekeliling namun, saya tidak boleh dedahkan usia kandungan kerana masih terlalu awal

 

 

“Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan doakan yang terbaik buat kami berdua,” jelasnya, petik Kosmo.

 

 

Sam dan Syatilla, 25, selamat bernikah pada 8 Februari 2016 lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.