RoS Lulus Parti Warisan Sabah Diketuai Shafie Apdhal

PUTRAJAYA – Permohonan  Datuk Seri Shafie Apdal untuk menukar nama parti sedia ada yang diterajuinya kepada Parti Warisan Sabah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

 

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, sebelum itu parti berkenaan dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah yang ditubuhkan pada 2013.

 

Katanya, RoS secara prinsip juga meluluskan singkat parti itu sebagai Warisan, selain logo dan perlembagaan baharu seperti mana permohonan yang dikemukakan pada 22 September lalu.

 

“Sehingga kini parti ini mempunyai dua ahli parlimen, termasuk saya selaku presiden dan timbalan presiden yang juga Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking.

 

“Kita juga mempunyai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  iaitu Adun Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; Adun Likas yang juga bekas setiausaha DAP Sabah, Junz Wong dan Adun Moyog, Terrence Siambun,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat RoS di sini pagi Isnin. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.