Malaysia Tidak Kompromi Dalam Soal Kedaulatan Kata Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mengulangi pendirian kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dalam soal kedaulatan negara khususnya melibatkan isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

 

Beliau berkata, hubungan ekonomi yang erat dengan negara terlibat tidak menyebabkan Malaysia berlembut dalam soal kedaulatan.

 

Kita berpegang kepada prinsip yang tegas dalam soal kedaulatan tetapi pada masa yang sama kekal dengan sikap penyelesaian mesti melalui rundingan bukan ketenteraan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.