Malaysia Pantau Perkembangan Iraq, Syria

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang memantau dan sedia menghadapi kesan serangan kumpulan militan, Islamic State (IS) di Iraq dan Syria kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

 

 

Beliau berkata, angkatan tentera telah diarahkan untuk memantau pergerakan militan itu di negara terbabit.

 

 

“Ini kerana sekiranya serangan di kedua-dua negara itu berjaya, militan pengganas IS itu berkemungkinan boleh merancang untuk kembali ke negara masing-masing atau lari ke kawasan tertentu.

 

 

“Kita perlu faham bahawa jumlah itu bukan kecil, jadi tindakan proaktif perlu diambil segera dalam hal ini,” katanya di lobi Parlimen hari ini, petik MG.

 

 

Media asing melaporkan pasukan keselamatan Iraq sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan besar-besaran di Mosul bagi merampas kembali kawaan di utara Iraq.

 

 

Hishammuddin berkata, ASEAN dan Amerika Syarikat juga beretuju untuk berkongsi idea dan maklumat bagi menghadapi ancaman IS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.