Lapangan Terbang Guangzhou Wujudkan Laluan Khas Pisahkan Lelaki, Perempuan

Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di Guangzhou, China telah mewujudkan laluan khas wanita dan lelaki dalam pemeriksaan keselamatan.

 

Pemisahan lelaki dan wanita bertujuan menghormati budaya dan adat yang berlainan selain mengambil kira pertambahan pelancong, lapor Sinchew Daily.

 

Sebelum ini lapangan terbang itu menempatkan petugas lelaki dan wanita, di mana pertugas lelaki akan menunggu ketika petugas wanita memeriksa penumpang sejantina.

 

Dengan mewujudkan laluan lelaki dan wanita, ia diharapkan dapat mempercepatkan proses pemeriksaan yang dijalankan.

 

Dalam pada itu, lapangan terbang tersebut turut menyediakan laluan khas kepada penumpang yang terlambat.

 

Penumpang terlambat yang memakai tanda khas akan dihantar ke pintu berangkat menggunakan kenderaan elektrik sebaik sahaja mereka melepasi pemeriksaan keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.