Jatuh Didukung Bapa, Kanak Kanak Cedera Parah

PULAU PINANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah selepas terjatuh dari eskalator aras satu bangunan pusat beli-belah di Bukit Jambul di sini semalam.

 

Kanak-kanak tersebut dikatakan didukung di atas bahu oleh bapanya ketika sedang menaiki eskalator berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.

 

Menurut sumber polis, kanak-kanak itu difahamkan terjatuh selepas bapanya panik kerana mendapati tangan anaknya tersepit pada bahagian pemegang eskalator berkenaan.

 

“Dalam keadaan panik itu, kanak-kanak tersebut dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya dan jatuh ke tingkat bawah kompleks beli-belah berkenaan.

 

“Kanak-kanak itu ketika ini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang selepas mengalami pendarahan dalam kepala serta retak tempurung kepala,” katanya, petik Utusan.

 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Sek. 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.