Fathia Latiff Bahagia Tanpa Teman Lelaki

Aktres Nur Fathia, 29, mengakui kehidupannya bahagia walaupun tidak mempunyai teman lelaki.

 

 

Selain sibuk dengan perniagaannya, Dara by Fathia Latiff, dia mula memperlahankan karier seninya dalam proses mengenali diri ke arah lebih positif.

 

 

“Fokus saya sekarang bukan cinta tambahan pula saya dikelilingi oleh orang yang membahagiakan termasuk keluarga.

 

 

“Sebelum ini saya jarang dapat bersama mereka kerana sibuk dan sekarang Alhamdulillah lebih banyak waktu berkualiti dengan famili,” katanya, petik sebuah portal.

 

 

Dalam pada itu, Fathia mengesahkan hubungannya dengan aktor Aiman Hakim Ridza, 27, kini kembali pulih selepas hampir setahun berpisah.

 

 

Namun itu bukan bererti mereka kembali sebagai pasangan kekasih sebaliknya memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang hubungan silaturahim sesama manusia itu diputuskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.