Bapa Dakwa Anak Dibunuh Dan Dimakan Dalam Penjara

Seorang bapa mendakwa anak lelakinya yang bersia 25 tahun, Juan Carlos Jnr telah dipukul, dikerat dan dimakan oleh banduan lain ketika rusuhan di sebuah penjara di Tachira, Venezuela.

 

Lelaki itu, Juan Carlos Herrera membuat dakwaan berkenaan selepas melawat penjara terbabit. Dia mendakwa dimaklumkan mengenai pembunuhan itu oleh banduan lain, ketika negara penjara di negara tersebut berdepan dengan krisis kekurangan bekalan makanan hingga mengakibatkan kebuluran.

 

Bercakap kepada Fox, Herrera berkata, salah seorang banduan yang berada dengan anaknya telah menyaksikan pembunuhan itu berlaku.

 

“Anak saya dan dua tahanan lain telah dipukul oleh 40 orang, ditikam, digantung hingga berdarah dan kemudiannya Dorancel menyembelih mereka untuk diberi makan kepada tahanan lain.

 

Dorancel merujuk kepada seorang banduan  iaitu Vargas, yang telah dipenjarakan sejak 1999 kerana kanibalism.

 

“Seorang banduan memberitahu saya bahawa dia telah dipukul dengan penukul kerana dipaksa makan mayat dua tahanan lain.

 

“Apa yang mengecewakan ialah saya tidak dapat mengebumikan anak saya. Saya merayu sekurang-kurangnya berilah tulangnya agar saya dapat mengebumikannya,” katanya.

 

Juan Carlos Jnr telah dihukum penjara tahun lepas kerana merompak. Dia dan salah seorang lagi banduan, Anthony Correa didapati hilang selepas kejadian rusuhan yang berlaku pada 8 September lalu.

 

Rusuhan itu dilakukan selepas lapan pengunjung dan dua warden dijadikan tebusan oleh sekumpulan banduan yang menuntut agar mereka ditukarkan ke penjara lain. Pemberontakan itu hanya berakhir pada 7 Oktober lalu apabila kerajaan bersetuju memindahkan 16 banduan ke tempat lain.

 

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana dua banduan tersebut boleh hilang manakala menteri yang bertanggungjawab menafikan banduan terbabit telah dimakan dan menyifatkan Herrera menyebarkan pembohongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.