Aktivis Kecam Dicaprio Isu 1MDB

LONDON – Pelakon terkenal Hollywood Leonardo DiCaprio dikecam oleh sekumpulan aktivis anti-rasuah dari Malaysia, Switzerland dan United Kingdom dengan mengadakan bantahan di Leceister Square di London, semalam.

 

Seramai lebih kurang kira-kira 10 aktivis mewakili Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme Malaysia (C4), Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland dan BERSIH London berhimpun di luar teater Odeon, menunggu ketibaan DiCaprio.

 

Pelakon filem Inception itu lantang memperjuangkan isu alam sekitar itu dijadual menghadiri tayangan perdana dokumen mengenai perubahan iklim berjudul “Sebelum Banjir” yang diterbitkan oleh Fisher Stephen.

 

Dalam pada itu, ketika kira-kira 1,000 peminat berkumpul di luar teater menunggu ketibaan DiCaprio pada jam 9 malam, aktivis-aktivis berkenaan membentangkan sepanduk panjang yang tertera gambar bintang Hollywood itu sambil dikelilingi oleh dolar Amerika.

 

Sepanduk dengan DiCaprio memegang dolar AS itu juga tertera dengan tulisan “Hollywood Actor 1, Pay Back Malaysia’s Stolen Assets!”.

 

Stanley mendakwa perdana menteri,Datuk Seri Najib Razak telah mengaut berbilion-bilion, dan antara yang mendapat manfaat adalah Leonardo DiCarpio.

 

“Tidak ada gunanya bercakap tentang perubahan iklim dan alam sekitar. Sila kembalikan wang kami,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

 

Walau Bagaimanapun, aktivis berkenaan tidak dapat bertemu dengan Dicaprio kerana pelakon tersebut dikatakan telah menyelinap masuk menggunakan pintu belakang dan mengecewakan peminatnya yang tidak dapat bertemu dengan pelakon tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.