23 Rakyat Filipina Guna Kad Pengenalan Palsu Dipenjara Dua Tahun

LUMUT – Seramai 23 rakyat Filipina termasuk lapan wanita dihukum penjara dua tahun dan denda RM2, 000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini setelah mengaku salah memiliki kad pengenalan palsu dan menggunakan kad pengenalan milik orang lain.

 

Majistret Nur Shaqira Ibrahim memerintah hukuman penjara terhadap kesemua tertuduh yang merupakan pekerja kontrak dan pekerja kilang bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 14 Oktober lalu.

 

Nur Shaqira turut memerintahkan kesemua tertuduh yang berusia antara 23 hingga 47 tahun dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

 

Selain itu, beliau turut memerintahkan kesemua mereka yang telah tinggal di negara ini antara sebulan hingga 10 tahun dirujuk kepada Jabatan Imigresen sebaik sahaja hukuman selesai bagi tujuan pengusiran.

 

Kesemua tertuduh yang masing-masing berasal dari Zamboanga, Basilan, Solo, Davao, Jolo dan Sulu ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam Ops ID JPN di sekitar Manjung antara pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi pada 14 Oktober lalu. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.