Prasarana Akan Tutup Jalan USJ6/1 Persiaran Kewajipan Hingga Februari Tahun Depan

Kuala Lumpur – Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan melakukan penutupan penuh persimpangan Jalan USJ6/1 menghala ke dan dari Persiaran Kewajipan mulai kelmarin hingga 28 Februari tahun depan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Prasarana menyatakan penutupan itu adalah untuk memudahkan pembinaan stesen ketujuh Projek Penyambungan Landasan (LEP) LRT Kelana Jaya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif dari Persiaran Murni ke Persiaran Bakti ke LDP dan menggunakan Persiaran Perpaduan ke Kesas.

“Penutupan itu perlu untuk keselamatan pengguna jalan raya kerana kerja-kerja pembinaan itu akan membbaitkan jentera berat dan mengangkut bahan.

“Selain halangan jalan untuk mengalihkan lalu lintas, pemegang bendera akan ditempatkan dan tanda-tanda amaran awal akan dipaparkan untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada talian bantuan Prasarana di 03-78852585.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.