JPJ Melaka Lelong 34 Kenderaan 3 November Depan

Melaka – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka akan mengadakan lelongan awam 34 buah kenderaan di Dewan Tun Fatimah, Kompleks JPJ Melaka, Bukit Katil di sini pada 3 November depan.

Pengarahnya, Azaharuldin Abdullah, berkata lelongan yang bermula 9 pagi itu membabitkan 27 buah motosikal, lima buah kereta dan dua buah van.

Beliau berkata, daripada kenderaan yang dilelong itu, dua buah motosikal tidak boleh dilesenkan.

“Semua kenderaan itu akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 30 dan 31 Oktober ini bemula 9 pagi hingga 4 petang di tempat penyimpanan kenderaan sita di Kompleks JPJ Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang awam yang berminat boleh mendapatkan dokumen penjualan lelong di Bahagian Kewangan JPJ Bukit Katil pada harga RM50 senaskah bermula 9 pagi hingga 4 petang mulai 20 hingga 31 Oktober.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 06-2346127.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.