Jessica Simpson Nafi Kecilkan Payudara

Hollywood – Penyanyi Jessica Simpson menafikan dakwaan dia melakukan pembedahan bagi mengecilkan payudaranya seperti khabar angin yang tersebar.

Katanya seperti dipetik Gossip Cop, berita tersebut tidak benar dan dia tidak pernah merancang untuk membuat sebarang perubahan terhadap tubuhnya itu.

Jessica berkata, khabar angin yang disebarkan oleh majalah OK!  itu hanyalah fitnah dan ia bukan kali pertama dilakukan oleh majalah berkenaan.

Sebelum ini majalah tersebut telah menulis tentang kehamilan kali ketiganya, walhal perkara tersebut tidak benar.

Dalam pada itu, Jessica berkata dia memperuntukkan sejumlah wang dalam setahun untuk melakukan rawatan mencantikkan bulu mata, melakkan laser membuang selulit dan kecantikkan rambut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.