Hubungan Minah Dan Pemain Bola Sepak Terkandas

Korea – Julai lalu, salah seoang anggota Girl’s Day iaitu Minah mengumumkan dia sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Korea Selatan, Son Heung Min.

Bagaimanapun, menurut laporan Ilgan Sports, syarikat pengurusan Girl’s Day, DreamT Entertainment dalam satu sebuah kenyataan memberitahu, hubungan pasangan itu terkandas gara-gara mereka jarang bertemu.

“Kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan menerima terlalu banyak perhatian daripada orang luar. Bagaimanapun saya tetap akan menyokong dia (Heung Min) kerana saya adalah seorang peminat bola sepak tegar.

“Semoga dia memberikan yang terbaik dalam perlawanan bola yang disertainya,” kata Minah menerusi kenyataan media itu.

Minah kini sibuk dengan persembahan-persembahan jelajah di Korea bersama kumpulannya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.