Pemimpin PH Alami Gangguan Keresahan Gara-Gara Penyatuan Ummah – Tok Mat

KUALA LUMPUR – Penyatuan ummah yang melibatkan kerjasama UMNO dan PAS telah mengundang banyak reaksi yang menonjolkan kebimbangan di pihak Pakatan Harapan (PH) seakan sedang berdepan ancaman besar.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengulas situasi itu menyifatkan reaksi sedemikian timbul kerana ramai pemimpin PH sedang mengalami ‘anxiety’ ataupun gangguan keresahan dan kebimbangan.

“Sebelum pemeteraian itu berlaku, banyak sekali reaksi daripada pelbagai pihak, terutamanya beberapa pemimpin utama PH.

“Kita menghormati semua pandangan mereka. Apapun, kita dapat merasakan bahawa ada rasa ‘anxiety’ (gangguan kebimbangan, keresahan) yang sukar dipendam dalam pimpinan PH.

“Pastinya kerana dijangka kerjasama ini akan menjadi ancaman paling besar kepada PH,” katanya, sepeti dilaporkan Sinar Online yang memetik kenyataan dari Facebook beliau semalam.

Beliau yang lebih popular dengan gelaran Tok Mat turut menegur cubaan pemimpin PH memberi gambaran negatif seolah-olah penyatuan ummah yang dipelopori UMNO dan PAS akan menyemarakkan politik perkauman dan agama.

“Kepada rakan-rakan dalam PH, pesanan saya ialah, bersangka baiklah. Jangan terlalu sangat berprasangka yang bukan-bukan. Imaginasi kalian kadang-kadang keterlaluan.

“UMNO dan PAS akan diadili oleh rakyat Malaysia melalui proses demokrasi. Jika Muafakat Nasional ini tidak diterjemahkan seperti iltizam kami dalam Piagam yang telah ditandatangani, biarlah rakyat yang menentukannya melalui pilihan raya,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin PH termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang melahirkan kebimbangan dengan mendakwa penyatuan ummah antara UMNO dan PAS itu akan menjadikan suasana kurang tenteram dalam negara.

“Bayangkan apakah yang akan berlaku selepas ini? Politik toksik mengaitkan agama dan bangsa akan meningkat ke satu tahap yang tidak pernah langsung di lihat dalam dunia politik Malaysia,” dakwa Lim Kit Siang.

Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari pula membayangkan kerjasama penyatuan ummah itu akan mencetuskan politik perkauman melampau.

“Mereka akan mencipta politik perkauman dan (berlaku) gerakan politik perkauman melampau,“ kata Amiruddin, yang juga Menteri Besar Selangor.

Manakala pemimpin serpihan PAS dari parti Amanah, Khalid Samad melabelkan penyatuan ummah itu sebagai retorik politik. Sebelum itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan kewajaran kerjasama tersebut dan meramalkan hubungan berkenaan tidak bertahan lama.

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

PH Pertikai Kerjasama, Dakwa UMNO dan PAS Akan Cetus Perkauman Melampau

Terkini! MAHB Akan Dijual? Syarikat Asing Bakal Urus Lapangan Terbang Di Malaysia?

Sementara itu, mengulas lanjut penyatuan ummah yang membawa agenda Muafakat Nasional itu, Tok Mat menegaskan agenda tersebut mengutamakan kesejahteraan negara.

“Yang pasti UMNO dan PAS telah menyatakan ikrar dan iltizamnya untuk memimpin gerakan permuafakatan nasional demi kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.

“Ia bukan lagi tentang sekadar politik Melayu dan Islam. Itu adalah ‘a done deal’. Cabarannya sekarang bagaimana kekuatan Melayu dan Islam itu boleh menjadi lonjakan untuk mempelopori gerakan kesepakatan, perpaduan dan keeratan nasional dalam kerangka demokrasi dan dipandu nilai demokratik,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Muafakat Nasional akan memberi saingan kepada PH dengan memanfaatkan idea, pemikiran serta kecerdasan dan bukannya sentimen kaum dan agama.

“Kami senantiasa memilih jalan konstruktif dan akan mempelopori pembaharuan dasar yang progresif.

“Insya-ALLAH, kami akan tawarkan kepada rakyat Malaysia ini politik yang bukan sekadar matang dan demokratik tetapi progresif, bersandar idea dan ilmu termaju serta berkeadilan dan inklusif,” tegasnya. – SuaraTV

Lain-lain berita;

Terkini! MAHB Akan Dijual? Syarikat Asing Bakal Urus Lapangan Terbang Di Malaysia?

Lim Kit Siang Ultra Kiasu, Jangan Terlebih Kurang Ajar – Prof Dr Ridhuan Tee

Projek RM450 Juta: PM Dakwa Tak Tahu, Lim Guan Eng Kata Bukan Dia Yang Tandatangan

Khalid Samad Dakwa Penyatuan Ummah Hanya Retorik, Tapi Kenapa PH Resah?

Adun DAP Dakwa Nga Kor Ming Tadbir Parti Secara Diktator

Orang Islam Berhak Beli Barang Pilihan Sendiri, Wee Ka Siong Bidas Lim Guan Eng

Lagi Kerap DAP Bantah, Lebih Ramai Sertai Kempen Utama Produk Muslim – Najib

Lebih 1,000 Warga Asing Miliki MyKad Sah Dalam Tempoh 5 Bulan Tahun Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.