Lim Kit Siang Ultra Kiasu, Jangan Terlebih Kurang Ajar – Prof Dr Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR – Tidak salah untuk orang Melayu menjadi terlebih Melayu dan Islam kerana negara asal usul mereka adalah di Tanah Melayu, berbanding kamu sebagai pendatang, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Kenyataan ‘pedas’ Ridhuan Tee itu sebagai menempelak pemimpin veteran parti tamak haloba, DAP, Lim Kit Siang yang mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak cuba menjadi ‘lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS’ bagi menghadapi kerjasama politik yang dimeterai Sabtu lalu oleh dua parti berkenaan.

Menyifatkan kenyataan Kit Siang sangat kurang ajar, beliau berkata, tiada salah untuk orang Melayu menjadi terlebih Melayu dan Islam kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan.

“Kamu sahaja ultra kiasu, jangan terlebih kurang ajar. Selama UMNO mengetuai kerajaan lebih 60 tahun dan PAS mengetuai kerajaan beberapa negeri, pernahkah hak kamu dijentik dengan label terlebih UMNO Melayu dan terlebih Islam yang kamu berikan?

“Dengan label terlebih Melayu dan terlebih Islam itulah kamu dapat lebih daripada apa yang diperolehi pribumi itu sendiri.

“Nampaknya kamu tidak pernah bersyukur dan sewajarnya kamu terlebih dahulu selaku ketua ultra kiasu ditendang keluar dari bumi bertuah ini,” katanya kepada Ismaweb.net, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Kit Siang mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi ‘lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS’ bagi menghadapi kerjasama rasmi dua parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani kelmarin.

Lain-lain berita;

Terkini! Kerajaan Hanya Tunggu Masa Iktiraf UEC, Tapi UMNO dan PAS Kacau – DAP

Tinggal Dunia Gengsterisme Selepas Peluk Agama Islam

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

Kit Siang dilaporkan berkata, PH akan ‘gagal dan gagal’ sekiranya ia cuba berbuat demikian kerana taktik itu akan meminggirkan 5.5 juta penyokong daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama yang mengundinya dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Sabtu lalu, Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai UMNO dan PAS antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Piagam itu ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi UMNO dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) pada satu majlis bersempena Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – IsmaWeb

Lain-lain berita;

Projek RM450 Juta: PM Dakwa Tak Tahu, Lim Guan Eng Kata Bukan Dia Yang Tandatangan

Terkini! Kerajaan Hanya Tunggu Masa Iktiraf UEC, Tapi UMNO dan PAS Kacau – DAP

PH Pertikai Kerjasama, Dakwa UMNO dan PAS Akan Cetus Perkauman Melampau

Dua Menteri Dari DAP Gesa Usir Dr Zakir Naik

Video: Orang Islam Berhak Beli Barang Pilihan Sendiri, Wee Ka Siong Bidas Lim Guan Eng

Dulu PKR, PH Ajar Rakyat Kritik Kerajaan, Kini Kita Jadi Mangsa Kritikan – Tian Chua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.