65 Sekolah di Port Dickson Turut Ditutup Hari Ini Akibat Jerebu

SEREMBAN – Sebanyak 65 sekolah di Port Dickson diarah tutup hari ini ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencecah paras 203 pada pukul 6 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata, bacaan IPU telah melepasi paras tidak sihat iaitu melebihi 200, sehubungan itu pelajar di semua sekolah di Port Dickson tidak dibenarkan hadir ke sekolah.

“Bagaimanapun guru-guru masih perlu hadir tetapi perlu memakai topeng muka untuk melindungi daripada jerebu,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Mohamad Rafie berkata, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan terus memantau keadaan dan membuat makluman dari semasa ke semasa.

Terdapat 50 sekolah rendah dan 15 sekolah menengah di Port Dickson. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.