Wujud pihak monopoli buat keputusan punca pertikaian, kata Ketua Srikandi PKR

SHAH ALAM -Tindakan pihak tertentu dalam PKR yang memonopoli dalam membuat keputusan  tanpa melibatkan kepimpinan lain menjadi punca wujudnya ketidakpuasan hati, kata  Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Sekalipun hakikat Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perjanjian Pakatan Harapan bakal menjadi Perdana Menteri kelapan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad  tidak dapat dinafikan, namun barisan kepimpinan berhak diberikan ruang menyuarakan pendapat dan menerima maklumat menerusi saluran yang benar. 

“Kalau cara buat keputusan dibuat dengan betul diperolehi dengan kesepkatan tidak menjadi isu tapi bila hanya dimonopoli oleh pihak tertentu  dan tanpa beri ruang inilah yang berlaku 

“Hampir keseluruhan kepimpinan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri  mempersoalkan cara beberapa kepimpinan membuat keputusan itu yang menjadi isu,” katanya kepada SuaraTv ketika dihubungi. 

Beliau juga mengakui  suara-suara pertikaian berkenaan pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson untuk Anwar bertanding menunjukkan kelemahan dalam PKR mewujudkan sistem perbincangan di antara satu sama lain sehingga pada akhirnya mewujudkan persepsi parti itu tidak mengamalkan politik matang. 

Siti Aisyah selain itu tidak menolak ketidakharmonian dalam PKR yang muncul baru-baru ini juga disebabkan oleh ‘kem-kem’ yang cuba menonjol menjelang pemilihan parti. 

“Bagi saya apa yang sedang berlaku adalah kerana kelonggaran dalam buat keutusan dalam suatu politik khusus PKR.

“Jika kepimpinan menghormati satu sama lain dan bekerjasama, keputusan dibuat  dalam keadaan harmoni (ini tidak akan berlaku, malangnya dalam suasana pemilihan banyak kumpulan-kumpulan berganding dan melihat ancamana antara pihak tertentu dan inilah yng sedang berlaku dan akhirnya dilihat masyarakat sebagai tidak matang,” tambahnya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar agar semua pihak menghormati proses transisi bapanya menjadi Perdana Menteri. 

Nurul dilihat berkata demikian setelah beberapa pemimpin PKR menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan ‘Langkah PD’ yang didakwa tidak dibuat berdasarkan saluran yang betul dan perbincangan dalam parti. -SuaraTv

One thought on “Wujud pihak monopoli buat keputusan punca pertikaian, kata Ketua Srikandi PKR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.