Sebaliknya kos pilihan raya sebanyak RM2 juta tersebut disumbangkan kepada rakyat yang susah dan mereka yang sakit sebagai belanja perubatan.

Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang turut mencadang sebagai persetujuan tidak bertanding, Anwar perlu menambah RM2 juta lagi kepada sumbangan tersebut.

“Maklumkan pada dia kos PRK Port Dickson RM2 juta itu bagi pada orang susah. Kita kenal pasti semua keluarga miskin dan daif serta sakit di Parlimen Port Dickson dan agihkan antara mereka, itu kan lagi baik.

“Suruh Anwar tambah bonus tak bertanding RM2 juta lagi. So orang susah dan miskin dapat RM4 juta. Duit itu tak masuk poket macai politik gantung banner dan tarik orang bayar hadir ceramah. Bayar kereta hantar masa undi. Merugikan semua kerja itu,” kata Chee Heng dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Chee Heng merupakan Pengerusi Persatuan Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia yang melakukan kerja amal membantu masyarakat susah.

Antara lain beliau memperkenalkan Rumah RM1 bagi membantu keluarga pesakit yang memerlukan tempat bermalam untuk menyewa tempat berteduh semalam dua dengan harga RM1 sehari.

Malahan beliau turut menyediakan kereta sewa dan ambulan kepada mereka yang memerlukan dengan kadar sewaan 10 sen.

“Sedihnya kita masih berpolitik gagah tetapi ramai Melayu masih tak makan atau tak dipedulikan langsung. Sedih sangat.

“Pasal UMNO dan Pas tetap akan kalah di PRK Port Dickson dalam pandangan saya. Jadi ambil jalan bijak dan buat perjanjian dengan Anwar untuk manfaat orang susah dan sakit,” kata Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang.

Chee Heng berkata cadangan beliau diterima maka pihak yang terlibat perlu menyediakan wang terlebih dahulu untuk disalurkan kepada orang miskin dan memerlukan. – UTUSAN ONLINE