Rakyat perlu faham perjanjian transisi jawatan PM, kata anak Anwar

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu rakyat memahami perjanjian di antara ayahnya dengan Pakatan Harapan berkenaan transisi jawatan Perdana Menteri yang akan dipindahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, perjanjian itu akan memberi laluan kepada ayahnya untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

“Perjanjian yang mengikat semua parti dalam PH, ia mengikat dari proses transisi daripada Perdana Menteri yang dipilih serta merta kemudian kepada Presiden, iaitu Anwar Ibrahim.

“Kenyataan ini dikeluarkan oleh bukan sahaja Presiden Amanah (Mohamad Sabu), tetapi juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Berbalik kepada akad kepada ikrar dan perjanjian, segala yang kita utarakan dan laksanakan adalah berbalik kepada perjanjian itu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian tatkala pelbagai respon yang muncul selepas pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK).

Pemimpin PKR sendiri, Zuraida Kamaruddin dann Tian Chua mendakwa dan Lathefa Koya pernah menyuarakan bahawa keputusan itu tidak dibincangkan bersama kepimpinan parti.

Bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenivasan turut menyuarakan pendapatnya yang melihat ‘Langkah PD’ akan membuka ruang yang besar untuk mewujudkan bibit-bibit nepotisme apabila ketiga-tiga beranak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah dan Anwar menganggotai Parlimen. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.