Polis reman 2 penyamum wanita

ALOR SETAR – Polis menahan suspek kedua kes samun seorang wanita di premis dobi layan diri,  di kedai runcit dan kedai serbaneka di Sungai Petani pada Selasa lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di tepi jalan di Bukit Tengah, Juru, Pulau Pinang pada 7 pagi semalam.

Suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Balkhis Abdul Halim, katanya kepada pemberita selepas program Penilaian Anugerah Inovasi PDRM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas, suspek utama berusia 21 tahun ditahan bersama-sama isterinya yang berusia 30 tahun ketika datang bersama-sama ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk menyerah diri. Isteri suspek turut ditahan kerana berada di dalam kereta yang dinaiki suspek ketika melakukan jenayah itu.

Dalam kejadian itu, dua suspek lelaki berkenaan menyamun seorang pelanggan wanita berusia 37 tahun, pada 7 pagi di kedai dobi layan diri 24 jam di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani, hingga kerugian RM10,000 dan selang 15 minit kemudian, mereka juga turut menyamun sebuah kedai runcit dan sebuah kedai serbaneka 24 jam. – SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.