Penduduk Tangkap Ikan Patin Bersaiz Gergasi

PENDUDUK Kampung Tok Sangkut, Meranti, di Pasir Mas gempar apabila seekor ikan patin gergasi seberat 150 kilogram (kg) ditangkap di Sungai Lubok Jong, awal pagi tadi.

Ikan itu ditangkap penduduk kampung kira-kira jam 1 pagi, sebelum dijual hari ini. Saiznya yang luar biasa juga menarik minat orang ramai.

Penduduk, Mohd Ghazali Daud, 62, berkata, dia bersama penduduk lain di kampung itu sebelum ini memang menjadikan sungai berkenaan untuk menangkap ikan air tawar.

Bagaimanapun, kebiasaan sebelum ini ikan yang ditangkap hanya bersaiz sederhana dan ini kali pertama kemunculan ikan patin bersaiz gergasi itu.

“Memang di sekitar sini penduduk akan menangkap ikan untuk dijual atau dimakan sendiri menggunakan pelbagai kaedah penangkapan.

“Jadi malam tadi, saya bersama penduduk kampung memasang candik (sejenis pukat) di tebing sungai itu. Tidak lama kemudian kami terkejut apabila melihat candik yang dipasang menjerat seekor ikan yang bersaiz agak besar.

“Dengan bantuan beberapa penduduk kami cuba menarik candik itu ke tepi sungai menggunakan tali dengan mengambil masa satu jam dan mendapati ikan patin seberat 150 kg berjaya ditangkap,” katanya ketika dihubungi, NSTP, hari ini. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.