Pelakon Aeril Zafrel Bersumpah Isu Gambar Bogel

Pelakon Aeril Zafrel yang terpalit dengan isu gambar bogel tampil bersumpah dan menafikan individu dalam gambar tersebut adalah dirinya.

Aeril turut menegaskan banyak perbezaan antara dirinya dengan individu dalam gambar tersebut.

“Demi Allah, gambar itu bukan saya. Sudah terang lagi bersuluh, banyak perbezaan antara saya dengan individu dalam gambar berkenaan,” katanya dipetik dari laporan Harian Metro.

Gambar yang dikatakan mirip pelakon Patahnya Sebelah Sayap itu kini dikongsi di aplikasi lucah selepas tular di laman sosial sejak semalam dan turut dikongsi di aplikasi lucah.

Mengulas lanjut, Aeril berkata dia sudah mengetahui kewujudan gambar itu di laman sosial sejak tahun lalu.

“Saya masih waras untuk buat perkara sebegini. Lagi pula untuk apa? Banyak lagi benda lain saya boleh buat. Kalau sekali pandang, individu dalam gambar berkenaan memang mirip saya. Tetapi, hakikatnya dia bukan saya.

“Saya tidak mahu melatah sebab memang bukan saya. Tidak ada apa yang perlu ditakuti. Saya anggap ini ‘permainan’ dunia siber masa kini.

“Dalam masa sama, saya kasihan dengan individu terbabit. Apa yang tersebar membabitkan aib dirinya. Harap orang lain tidak tambah dosa lagi dengan menyebarkan benda fitnah ini,” ujarnya lagi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.