Anwar Jadi PM Dipersetujui Bersama

PUTRAJAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, banyak pihak yang mempersoalkan sejauh mana kebenaran Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau satu hari nanti, namun terlupa dengan perjanjian ditandatangani antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Beliau berkata, PH bersetuju melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana beliau menerima agenda perubahan dan menandatangani dokumen mempertahankan kebebasan demokrasi serta badan kehakiman, menolak rasuah dan penyelewengan serta perkauman sempit.

Ramai orang dah mencuba #MaggiPedasGiler tetapi adakah anda yakin anda tahan makanan yang #PedasGiler ini? Kami cabar anda agar sertai #CabaranKontrolMacho ini dan buktikan kehebatan anda!

“Beliau menandatangani (perjanjian) termasuk usaha membebaskan saya (dari penjara) dan memberi ruang kepada saya balik dalam kerajaan serta mengganti beliau sebagai Perdana Menteri.

“Orang lebih banyak ceritakan soal itu (saya menjadi Perdana Menteri), tetapi mereka lupa kita setuju kerana agenda reformasi itu dipersetujui dan ketika kita percaya Dr Mahathir akan melaksanakan janji,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Kiambang Bertaut dan Pidato Malaysia Baharu: Mengisi Harapan Rakyat di sini, malam ini.

Anwar juga turut menepis cakap-cakap beliau kini sudah tidak relevan lagi untuk memimpin.

“Walaupun ada teman mengatakan saya kian tua dan tidak relevan kerana saya terlalu sinis serta tidak mempercayai pimpinan muda, (tetapi) saya adalah pemimpin paling banyak memberi ruang kepada pemimpin muda, paling keras mengingatkan mereka jangan pijak rakyat yang pernah mengangkat dan mendokong kita,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agenda reformasi tidak boleh hanya diserahkan kepada golongan elit politik saja, tetapi harus membabitkan rakyat supaya dapat dilaksanakan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.