Alus Letak Jawatan Bukan Kerana Keluarga & Perniagaan, Tapi Masuk PPBM

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sekijang pada 15 September lalu bukanlah atas alasan untuk memberikan tumpuan penuh kepada keluarga dan perniagaan yang dijalankan.

Sebaliknya, Datuk Alus Kassim meletakkan jawatannya kerana ingin menyertai parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Alus telah menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada Ketua Bahagian UMNO Sekijang, Datuk Dr. Hj. Baharum Mohamed pada Sabtu lalu.

Borang keahlian yang lengkap diisi dengan butiran peribadi beliau menjadi tular di laman sosial sekali gus menafikan tujuan utama beliau meletakkan jawatan dan keluar dari UMNO.

Borang keahlian tersebut telah diisi dan ditanda tangan pada tarikh 13 September 2018, dua hari sebelum beliau meletakkan jawatannya.

Dalam perkembangan lain, Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam, malam kelmarin juga telah isytihar keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.