Wartawan Maut Diserang Buaya

Seorang wartawan Britain, Paul McClean, meninggal dunia selepas diserang oleh seekor buaya di Sri Lanka.

McClean, yang berusia 24 tahun, bertugas dengan Financial Times. Mayatnya ditemui pada Jumaat di dekat Teluk Aragam, sehari selepas dilaporkan hilang.

Menurut laporan media, beliau sedang bercuti bersama-sama kawan-kawannya di Sri Lanka dan dipercayai telah diseret oleh seekor buaya selepas masuk ke dalam teluk berkenaan.

Kali terakhir McClean dilihat ialah ketika dia menjerit meminta tolong ketika reptilia besar itu menariknya ke dalam air.

Laporan bedah siasat mendapati McClean lemas selepas kakinya digigit oleh buaya berkenaan.

“Terdapat enam kesan gigitan pada kaki kangannya,” kata pihak berkuasa.

Sementara itu, majistret Mohamed Hilmy yang melawat kawasan berkenaan mengarahkan satu inkues diadakan pada Isnin ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.