Rakyat Singapura Bantah Isu Pilih Presiden Tanpa Undian

SINGAPURA – Beratus-ratus rakyat Singapura yang marah susulan pelantikan presiden wanita pertama negara itu mengadakan bantahan secara aman.

Penganjur yang juga seorang aktivis, Gilbert Goh berkata, bantahan itu adalah untuk menyampaikan ‘rasa dikhianati’ selepas kehilangan hak untuk memilih pemimpin negara.

“Kami tidak menentang presiden tetapi kami menentang sistem. Kami menentang proses yang menafikan hak kami untuk mengamalkan undi demokratik,” kata Goh.

Bantahan itu diadakan selepas kekecohan di media sosial terhadap apa yang disifatkan pengkritik sebagai kejayaan yang direka untuk individu yang berkuasa.

Bekas Speaker Parlimen, Halimah Yacob yang mewakili kaum minoriti Melayu mengangkat sumpah pada Khamis lalu diisytiharkan menang tanpa bertanding, selepas calon lain didapati tidak menepati syarat. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.