Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dijangka Beroperasi Semula Oktober Depan

KUALA LUMPUR – Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya pada Oktober depan di bangunan baharu yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar tersebut.

Pengetuanya, Mohd. Zahid Mahmood berkata, bangunan baharu itu kini sedang diubah suai.

“Bangunan itu juga akan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan sijil layak menduduki, lapor Bernama.

“Apabila semua proses itu selesai baru kesemua pelajar akan masuk semula untuk meneruskan aktiviti pembelajaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua 18 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang terselamat dalam tragedi awal pagi Khamis lepas kini bercuti dan bersama keluarga masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.