Pencari Lokasi Filem Maut Ditembak

MEXICO CITY – Mayat pencari lokasi filem Mexico yang ditembusi peluru, ditemui di lokasi pencariannya bagi program popular Netflix, Narcos.

Carlos Munoz Portal, yang terbabit dalam pencarian lokasi bagi filem James Bond, ‘Spectre’ selain ‘Fast & Furious’ dan ‘Sicario’ dibunuh Isnin lalu di kawasan terpencil berhampiran negeri Hidalgo, menurut media tempatan.

Netflix dalam kenyataan berkata: “Kami sedar dengan kematian Carlos Munoz Portal, pencari lokasi dihormati dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.”

Kes bunuh di negara itu mencatat rekod tertinggi pada Mei lalu iaitu seramai 2,186, purata 70 kes sehari dan paling banyak sejak negara itu mula menyimpan rekod 20 tahun lalu.

Keganasan disemarakkan dengan kartel dadah berpengaruh dan ganas, serta kumpulan penjenayah.

Sejak Mexico menugaskan tentera memerangi jenayah terancang pada 2006, gelombang pertumpahan darah menyebabkan lebih 200,000 maut atau hilang apabila kartel bermusuhan melancarkan perang sesama sendiri dan dengan tentera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.