Langkah Berbaik-Baik Najib Adalah Tindakan Bijak

SHAH ALAM – Kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara luar mampu memberikan implikasi yang baik demi pembangunan dan kesejahteraan negara.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan Najib juga dapat memastikan masa depan generasi muda cerah dan terjamin.

“Negara kita mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma dan beribawa seperti Najib.

“Kejayaan Lawatan Kerja ke Washington dan London merupakan bukti bahawa negara Malaysia ini bukanlah boleh diperkecilkan kemampuannya ibarat ‘kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa’.

“Nyata perjumpaan bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, serta Naib Presidennya merupakan satu penghormatan teristimewa. Diikuti pertemuan dgn Perdana Menteri Britain di London,” katanya menerusi kenyataan,hari ini.

Menurutnya lagi, sudah menjadi tabiat pihak pembangkang untuk membuat cerita rekaan sehingga rakyat terpedaya.

Malah katanya lagi, budaya tidak menghormati pemimpin yang sinonim dengan cara hasutan pembangkang secara tidak langsung mencabuli prinsip-prinsip rukun negara kita.

“Selain dari perbincangan dua hala yang positif, Perdana Menteri telah menyangkal sama sekali semua kenyataan negatif terhadap beliau.

“Namun pembangkang tetap menafikan setiap kejayaan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,” katanya lagi.

Beliau dalam masa sama turut menjelaskan, rancangan Khazanah dan KWSP untuk meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat merupakan tindakan yang menguntungkan negara melalui pulangan dividen yang tinggi.

“Melalui aspirasi Transformasi Nasional 2050, pandangan kerajaan Barisan Nasional adalah pada landasan yang betul,” ujarnya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.