Ibu Pelajar Tahfiz Enggan Maaf 7 Remaja Ditahan Polis

SEREMBAN – Ibu kepada salah seorang pelajar yang maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 September lalu menegaskan dia tidak akan memaafkan perbuatan individu yang membakar pusat tahfiz tersebut.

Noorazlina Bakry, 36, berkata, dia tidak akan memaafkan tujuh remaja yang ditahan pihak polis di sekitar kawasan Datuk Keramat pada Jumaat dan Sabtu lalu jika benar mereka melakukan perbuatan yang meragut nyawa anak sulungnya, Muhammad Fahmie Abdullah, 11, itu.

“Saya tidak akan maafkan mereka. Banyak lagi saya mahu lakukan untuk anak saya, tetapi sekarang sudah tidak sempat. Saya mahukan keadilan untuk anak saya.

“Hati apa sanggup buat macam itu kepada pelajar-pelajar tahfiz,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Paroi Jaya dekat sini hari ini, petik Kosmo.

Noorazlina berkata, dia juga tidak berharap remaja terbabit akan meminta maaf kepadanya memandangkan anaknya sudah tiada, malah mengaku tidak sanggup melihat wajah remaja terbabit walaupun ia tersebar meluas di media sosial sejak semalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.