Besi Melayang Tembus Tapak Tangan

Batu Pahat- Seorang penunggang motosikal cedera selepas besi berukuran kira-kira satu meter panjang melayang dan menembusi tapak tangannya dalam kejadian di Leburaya PLUS berdekatan susur keluar Yong Peng Utara, 12.30 tengahari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zul Afkar 22, sebelum itu, bersama lebih 19 penunggang lain berkonvoi dari Klang Selangor dan berhasrat untuk menjamu selera di sebuah restoran terkenal di Yong Peng di sini.

Saksi, Mohamed Fiqry Jaafar, 25, yangmenunggang bersebelahan mangsa ketika kejadian berkata, batang besi berkenaan dipercayai terbang mengenai mangsa selepas sebuah kenderaan melintasi mereka.

“Selepas besi berkenaan mengenai Zul, dia masih mampu mengawal motosikalnya sebelum berhenti dan rebah kesakitan. Mujur bakal tunangnya, yang membonceng membantu mengawal motosikal Zul.

“Saya sangka kan besi itu hanya kecil tetapi sebaik jaket yang dipakai Zul dibuka, kami tergamam melihat besi berkenaan yang menembusi tapak tangan kanannya dan menyebabkan jari telunjuknya patah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba tiba kira-kira 1 petang dan bertindak memotong besi berkenaan dan ambulans kemudian membawa rakannya itu ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar tidak lama kemudian.

“Ketika besi dipotong bomba, Zul mengerang kesakitan di tambah panas terik ketika itu dan bes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.