Tugas Mursyidul Am PAS Dipangku Sementara Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Tugas Mursyidul Am PAS akan dipangku sementara oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob berikutan kematian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada Jumaat.

 

 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tugas berkenaan akan dipikul Ahmad sehingga pelantikan baharu oleh Majlis Syura Ulama.

 

 

Ujar beliau, sebelum ini, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, sudah menjalankan tugas Mursyidul Am apabila Allahyarham Haron Din menjalani rawatan.

 

 

“Timbalannya iaitu Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob yang boleh menjalankan tugas itu sebagai penggantinya sementara habis tempoh timbalan.

 

 

“Kalau ikutkan beliau sudahpun mula menjalankan tugas,” katanya memetik laporan Awani.

 

Pemilihan Mursyidul Am diputuskan dalam Majlis Syura Ulama setiap lima tahun sekali.

 

 

Terdahulu, Allahyarham Haron Din menggantikan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah kembali ke rahmatullah tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.