Alami Kecederaan Kerana Note 7, Lelaki Saman Samsung

FLORIDA – Seorang lelaki memfailkan saman terhadap Samsung Electronics Co kerana kecederaan selepas telefon pintar Galaxy Note 7 yang diletakkan dalam poket depan seluar dipakainya meletup.

 

Saman yang difailkan Jonathan Strobel itu mungkin yang pertama di Amerika Syarikat oleh pengguna terhadap firma gergasi Korea Selatan itu berhubung masalah bateri Galaxy Note 7.

 

Ia difailkan sehari selepas Samsung menarik balik sejuta Note 7 yang dijual di Amerika.

 

Samsung menerima 92 laporan bateri menjadi terlampau panas di Amerika, termasuk 26 laporan terbakar dan 55 laporan kerosakan harta.

 

Strobel, 28, dari Boca Raton, berkata beliau berada dalam kedai Costco di Palm Beach Gardens pada 9 September lalu apabila Note 7 miliknya meletup.

 

Katanya, telefon itu terbakar dan menyebabkan kaki kanannya melepuh.

 

Strobel berkata, ibu jari tangan kirinya juga melepuh teruk selepas cuba mengeluarkan telefon itu dari seluarnya.

 

“Beliau mengalami lepuhan tahap kedua, sebesar saiz telefon, di paha kanannya.

 

“Malang bagi pelanggan saya, penarikan balik jualan sudah terlalu lewat,” kata peguam Strobel, Keith Pierro.

 

Saman berkenaan menuntut ganti rugi tidak dinyatakan untuk rawatan perubatan, kehilangan pendapatan, kesakitan dan penderitaan, dan beberapa kecederaan lain. – Reuters

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.