Tiada Mayday Call Daripada Juruterbang, Pesawat Melencong Ke Kanan – Anthony Loke

- Advertisement -

SUBANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan pesawat peribadi N28JV yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang melencong ke kanan dari laluan asal sebelum terhempas di kawasan Elmina, Denai Alam.

Beliau memaklumkan tiada sebarang panggilan ‘mayday’ daripada juruterbang sebelum insiden berlaku.

“Tiada ‘mayday call’ daripada juruterbang pesawat, daripada pengamatan awal pesawat melencong sebelah kanan dari laluan sepatutnya,” kata Anthony pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada petang, Khamis.

Bagaimanpun menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan misi pencarian kotak hitam pesawat sedang giat dijalankan.

“Berdasarkan pengamatan awal, pesawat berkenaan didapati melencong ke sebelah kanan daripada laluan pendaratan.

“Pesawat telah menerima kebenaran untuk mendarat namun tiga minit selepas itu menara kawalan (Lapangan Terbang Subang), melihat kepulan asap dari lokasi nahas.

“Setakat ini Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah diaktifkan dan dikerah ke tapak nahas untuk membuat siasatan mencari kotak hitam pesawat tersebut,” jelasnya.

Menurut Anthony lagi, misi mencari kotak hitam sedang giat dijalankan bagi menyiasat punca nahas bagaimanapun, setakat ini dapat disahkan kemalangan melibatkan lapan orang mangsa.

“Dapat disahkan berdasarkan kertas ‘General Declaration’ bahawa identiti mangsa melibatkan dua juruterbang dan enam penumpang.

“Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang yang juga ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun manakala mangsa lain yang dikenal pasti, Khairil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki, Idris Abdol Talib @Ramali termasuk dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.

“Pun begitu senarai nama ini hanya berdasarkan dokumen penerbangan, pengesahan rasmi identiti mangsa nahas hanya akan diumumkan selepas bedah siasat yang dijalankan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang,” katanya sambil meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat