Video: Viral Lagu Parodi Rai 100 Hari Pemerintahan PH

KUALA LUMPUR – Sempena meraikan genap 100 hari pemerintahan PH yang mengambil alih kerajaan pusat dari BN, satu lagu parodi dicipta dan kini viral di media sosial.

Lagu berjudul “Janji 100 Hari” itu dimuat naik di beberapa laman Facebook sejak awal hari ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Lirik lagu berkenaan secara sinis mengimbas kembali pelbagai janji yang ditabur pemimpin PH sepanjang kempen meraih undi pada PRU14 yang lalu.

“Sedap pula lagu ni… Boleh masuk muzik² tv,” ulas netizen yang menggunakan nama Bangcik Meran.

“Brader ni bnyk follow isu semasa ni. Power2, hahaha,” ujar Siddiq Hafiz pula dipercayai merujuk kepada lirik lagu tersebut.

Dalam perkembangan lain, media melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan tertutup dengan pemimpin PH dan parti Warisan Sabah pada Isnin lepas mengakui PH terlalu banyak menabur janji manis ketika berkempen.

“Sebenarnya kita tidak menjangka akan menang, jadi kita sediakan sebuah manifesto yang tebal dengan pelbagai janji,” kata Dr Mahathir, dipetik dari laporan portal FMT dan akhbar Straits Times Singapura.

Laporan yang sama juga menyebut Dr Mahathir berkata, PH perlu mencipta alasan bagi mengurangkan tekanan dari rakyat yang menuntut janji-janji tersebut dipenuhi.

“Jika kita tidak dapat menunaikannya, maka kita perlukan alasan kuat yang boleh diterima oleh rakyat,” ujarnya lagi.

Kenyataan Dr Mahathir itu dilihat selari dengan gaya pentadbiran kerajaan PH yang dari awal hingga sekarang kerap menyalahkan kerajaan sebelumnya dipercayai bagi mengalih perhatian umum dari bercakap mengenai kegagalan PH menunaikan janji. – SuaraTV

One thought on “Video: Viral Lagu Parodi Rai 100 Hari Pemerintahan PH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.