Najib Cabar Lim Guan Eng Lapor Polis, Jangan Berselindung Disebalik Imuniti Parlimen

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung dakwaan RM19 bilion wang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) ‘dirompak’ Barisan Nasional (BN).

Najib berkata, di sebalik tuduhan dibuat di Parlimen yang mana Pakatan Harapan mempunyai kekebalan atau imuniti, Guan Eng sepatutnya secara peribadi membuat laporan polis dengan menyatakan secara jelas BN telah merompak dana cukai input GST sebanyak RM19 bilion.

“Berikutan cara pengurusan ekonomi yang tersasar kerajaan baharu ini, mereka kini menuding jari ke arah kerajaan BN.

“Ini adalah sebab sebenar mengapa banyak janji manifesto Pakatan Harapan kekal tidak ditunaikan dan mengapa program bantuan kepada golongan memerlukan akan dipotong manakala kenaikan gaji kakitangan awam dibekukan, dan bukanlah kerana tuduhan ciptaan mereka kononnya hutang negara adalah RM1 trilion atau BN ‘merompak RM19 bilion daripada dana tuntutan GST’,” katanya dalam Facebook, malam tadi. – UTUSAN

Berita Berkaitan;-

Tuduh Hasil GST Dirompak, Petunjuk Jelas Lim Guan Eng Tak Faham Maksud Akaun Disatukan

PH Amal Sikap ‘Blame Game’ Tuduh Wang GST Hilang Sedangkan Ada Dalam Akaun Disatukan – Ahmad Zahid

Lim Guan Eng Tuduh Duit GST RM19 Bilion Hilang Kerana Tak Faham Pengurusan Wang Disatukan

Tuduhan Wang RM18 Bilion Hilang Palsu, Kutipan GST Dimasukkan Ke Akaun Disatukan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.