Polis Turki Serbu Premis Perniagaan Disyaki Biaya Rampasan Kuasa

ISTANBUL – Pihak polis di sini menyerbu berpuluh-puluh syarikat di Istanbul yang mempunyai kaitan dengan seorang pendakwah, Fethullah Gulen untuk mencari 120 suspek yang dikehendaki selepas cubaan rampasan kuasa pada bulan lalu.

 

Anggota polis melakukan serbuan secara serentak ke atas 44 premis perniagaan termasuk sebuah firma di Uskudar dan daerah Umraniya, lapor agensi berita, Anadolu.

 

Syarikat berkenaan didakwa membiayai kewangan aktiviti pergerakan Gulen yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan dakwa dalang di sebalik rampasan kuasa pada 15 Julai lalu.

 

Beberapa pendakwa raya telah mengeluarkan waran tangkap ke atas 120 orang termasuk empat pengurus syarikat.

 

Setakat ini, nama-nama syarikat yang disasarkan itu tidak didedahkan identiti, namun masih tidak jelas berapa jumlah suspek yang telah ditahan dalam serbuan berkenaan.

 

Pihak berkuasa Turki telah melaksanakan tindakan tegas ke atas penyokong Gulen ekoran rampasan kuasa itu menyebabkan lebih 35,000 telah ditahan.

 

Dalam pada itu, kira-kira 11,600 orang telah dibebaskan.

 

Dalam perkembangan sama, pihak polis kelmarin turut bertindak membuat serbuan ke atas empat mahkamah utama di Istanbul menyebabkan 136 pendakwa raya yang dikehendaki telah ditahan selain beberapa kakitangan yang bekerja di mahkamah itu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.